Khamis, 2 Oktober 2014

Untuk Lepasan SPM

Views
Ok,,hana berpengalaman dalam bidang Pengambilan Pelajar untuk ke IPTS sebelum ni., dan alhamdulillah hana dapat mengenali dengan lebih lanjut ttg bidang ni terutama untuk membantu pelajar2 lepasan SPM yang masih tercari-cari mana arah tuju untuk melanjutkan pembelajaran .

Sepanjang hana bekerja pelbagai masalah hana hadapi ketika berhadapan dengan pelajar dan ibu bapa ketika mereka ingin mendaftar . So ana decide untuk bagi sedikit cadangan dan memberitahu apa masalah2 yang hana hadapi ketika sesi temuduga pelajar.

MASALAH DAN CADANGAN


1) TAK TAHU NAK AMBIL BIDANG APA

Situasi;-

a) Pelajar terpinga-pinga apabila di tanya bidang yang di pohon.

- Mungkin kerana result spm pelajar tidak seperti yang di jangka kan ( terutama pelajar berasa resultnya teruk) membuatkan pelajar mula tak tahu bidang apa yang perlu di pilih mengikut result spm nya.

Cadangan :

- U all kene research terlebih dahulu sepanjang menunggu keputusan SPM keluar. Di situ pelajar boleh terus pilih beberapa bidang yang u all nak ambil lepas spm..buat pilihan yang banyak kerana kita tak tahu result u all bole jadi bagus atau tidak. ok..

2) MEMILIH IPT

Situasi :-

a) Pelajar masih mahu menunggu panggilan IPTA


Cadangan :

- Sekiranya u all masih lagi tidak menerima panggilan dari IPTA , u all dah boleh mendaftar di mana2 IPTS yang sedia ada di MALAYSIA ni., Sekarang ni alhamdulillah..SIJIL MQA memang di iktiraf..so jangan risau. Mungkin u all tak de rezeki untuk belajar di IPTA seperti org lain ..tapi mana tau utk degree u all bole sambung di IPTA..atau bekerja di Agensi Kerajaan.. kann.. Kene positif dalam benda2 camni..jgn asyik nak memilih..jnji bidang yang di tawarkan tu sesuai dgn kerjaya u all akan datang.

- U all kene ingat kalo nak tunggu lagi IPTA untuk tahun seterusnya..u all akan bersaing dengan beribu pelajar lepasan spm tahun tersebut..kalo dah tahun u all pohon tu dah tak terpilih..u all rasa tahun seterusnya tu..terpilih ke?  kalo keputusan SPM tahun tersebut lebih baik dar keputusan SPM tahun u all, lagi hancur harapan tu..so better teruskan apa yg ada..sampai bila nak tunggu sedangkan DIPLOMA u all kne habiskan 3 tahun untuk dapat kan sijil..So, please be positif..x salahkan.. :)


3) Mengikut kemahuan FAMILY , SAUDARA MARA dan seangkatan dengan nya

Situasi :-

a) Pelajar ingin mendaftar tetapi terdapat campur tangan saudara-mara yang ingin pelajar tunggu panggilan IPTA or lebih ke Pusat pengajian yang berkaitan dengan kemudahan pinjaman. ( tentang pinjaman yang ini hana akan terangkan sebentar nanti )

Cadangan :

- OK..ini sangat penting. Mendapat restu Mak Ayah sangat-sangat di perlukan, tetapi masa depan u all yg tentukan..sebab u all yg akan hadapi semua ni., U all kene yakinkan parent u all yang ini adalah keputusan u all..janji dengan mereka yang  u all akan belajar bersungguh2.. yang ini hana hanya mampu bagi cadangan setakat ini shj sebab kdg2 situasi berbeza..tapi u all kene ingat..semua mak ayah nak kan yg terbaik untuk anak2 dia.. :)

4) TAK BERKEMAMPUAN

Situasi :-

a) Pelajar berminat dan Mak Ayah juga berminat tetapi tidak berkemampuan untuk membiayai pembelajaran selama 3 tahun.

Cadangan :-


- Sebab itulah pinjaman PTPTN/MARA di berikan.





                                               



Untuk pengetahuan semua bakal pelajar. PTPTN akan di berikan kepada semua pelajar yg mendaftar masuk belajar di setiap IPTA dan IPTS., pinjaman wajib tu.. adalah PTPTN. Kelayakan pelajar 3 kredit shj.

Mungkin ramai yang tak tahu, sekiranya pelajar mendapat POINTER 3.7 ke atas, boleh memohon kepada PTPTN untuk pengurangan ( akan di update selalu untuk selari dgn terma dan syarat PTPTN.)





                                              

Untuk pinjaman MARA, hanya IPTS terpilih yang menerima Pinjaman MARA, dan selebihnya adalah INSTITUSI di bawah MARA itu sendiri.

Kelebihan Pinjaman MARA adalah sekiranya POINTER 3.5 ke atas, Pinjaman tersebut akan bertukar menjadi BIASISWA. ( mengikut terma dan syarat MARA)










Tiada ulasan:

Catat Ulasan

reply kat cini yer cayunk